Sekolah Menengah Agama Bandar Tenggara (SMAT) ditubuhkan pada tahun 1988 dan mula beroperasi pada 02 Januari 1989 dengan menumpang di bangunan Sekolah Agama Bakti Bandar Tenggara. Pada tahun 1998 SMAT berpindah ke tapak baru.
Pada awal penubuhannya, jumlah pelajar ialah seramai 30 orang, manakala pada masa ini (2010), jumlah pelajar telah meningkat kepada 2010 orang.
SMAT menyediakan pendidikan agama yang berteraskan kepada dwiKurikulum dimana pendidikan arus perdana dan pendidikan agama dijalankan secara serentak dan bersistem mengikut dasar Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Agama Islam Johor
SMAT telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Johor dan Kementerian Pelajaran Malaysia. SMAT merupakan salah sebuah Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan bakal menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)* tidak lama lagi. SMAT merupakan satu-satunya SMAR / SABK di kawasan Parlimen Tenggara dan daerah Kulaijaya.
***************************************************************************
MISI SMAT
OBJEKTIF SMAT
***************************************************************************
VISI SMAT
"Melahirkan ummah ke arah pembentukan sahsiah dan akhlak terpuji dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara menuju kecemerlangan, kegemilangan dan terbilang".
MISI SMAT
- Melahirkan pelajar yang berilmu, berbahasa dan berjasa kepada keluarga, agama, bangsa dan tanahair.
- Melahirkan pelajar yang komited, dedikasi, bertanggungjawab dan peka kepada perubahan semasa.
- Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam :- i)Kurikulum ii)Ko-kurikulum iii)Sahsiah insan (agama)
- Melahirkan pelajar yang sentiasa menghayati nilai-nilai murni kehidupan
OBJEKTIF SMAT
- Meningkatkan dan memupuk minat, kecekapan dan kemahiran pelajar yang tinggi dan berterusan di kalangan pelajar.
- Meningkatkan prestasi akademik / agama / sahsiah pelajar dari segi kuantiti dan kualiti.
- Membentuk pelajar ke arah "Hablumminallah - Hablumminannas".
- Melahirkan pelajar yang progresif dan dapat mencapai dasar kerajaan ke arah "Wawasan 2020".
- Mewujudkan rasa 'cintakan' sekolah dikalangan pelajar-pelajar "Sekolahku Syurgaku".
- Membina pelajar agar dapat menghayati nilai-nilai murni kehidupan bagi mewujudkan susana harmoni, sentiasa bekerjasama dan bersatu padu.
- Sentiasa mengamalkan kebersihan dalam kehidupan seharian sebagai asas ke arah pembentukan iman dan amal